Saturday, January 15, 2011

Sepintas Lalu Tentang Pra SKDI

Prasekolah SK Dato' Ishak telah ditubuhkan pada Tahun 2003. Di mana menggunakan bilik darjah asal dan diubah suaikan dengan keperluan prasekolah.

Terdapat dua buah bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur untuk kemudahan pembelajaran dan pengajaran.

Kelas prasekolah terbahagi kepada dua iaitu Kelas Pra A1 dan Kelas Pra A2. Di dalam kelas ini disediakan pelbagai pusat pembelajaran seperti Pusat Bahasa Dan Komunikasi, Pusat Kognitif, Pusat Kreativiti Dan Estetika, Pusat Teknologi, Pusat Fizikal Dan Lain-lain.

Setiap kelas mempunyai 25 orang murid, seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid.

Terdapat juga bilik persediaan makanan dan dewan makan yang diselenggarakan oleh dua orang pembantu pengurusan murid yang berpengalaman dan berdedikasi.

Turut disediakan juga dua buah bilik air untuk kemudahan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang sentiasa bersih dan ceria.

1 comment:

  1. SALAM BUAT WARGA PRA SKDI. PRA SKDI SENTIASA DALAM KENANGAN......BEKAS GURU PRA SKDI 2003

    ReplyDelete