Sunday, January 16, 2011

TAKWIM PRASEKOLAH 2011

1- Minggu Orientasi

2- Sukan Tahunan Sekolah

3- Sambutan Perayaan Semasa

4- Pertandingan Mewarna

5- Program Keceriaan

6- Lawatan Sambil Belajar

8- Sambutan Hari Lahir

9- Program 3M ( Membaca, Menulis dan Mengira )

10- Gotong-royong Prasekolah

11- Sambutan Hari Kanak-kanak

12- Majlis Graduasi Dan Hari Anugerah Cemerlang

13- Sambutan Hari jadi dan jamuan akhir tahun di Mc donald

14- Majlis Penyerahan Murid


# Selain program diatas, murid-murid prasekolah juga terlibat dengan semua aktiviti yang dijalankan di sekolah.

Saturday, January 15, 2011

Sepintas Lalu Tentang Pra SKDI

Prasekolah SK Dato' Ishak telah ditubuhkan pada Tahun 2003. Di mana menggunakan bilik darjah asal dan diubah suaikan dengan keperluan prasekolah.

Terdapat dua buah bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur untuk kemudahan pembelajaran dan pengajaran.

Kelas prasekolah terbahagi kepada dua iaitu Kelas Pra A1 dan Kelas Pra A2. Di dalam kelas ini disediakan pelbagai pusat pembelajaran seperti Pusat Bahasa Dan Komunikasi, Pusat Kognitif, Pusat Kreativiti Dan Estetika, Pusat Teknologi, Pusat Fizikal Dan Lain-lain.

Setiap kelas mempunyai 25 orang murid, seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid.

Terdapat juga bilik persediaan makanan dan dewan makan yang diselenggarakan oleh dua orang pembantu pengurusan murid yang berpengalaman dan berdedikasi.

Turut disediakan juga dua buah bilik air untuk kemudahan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang sentiasa bersih dan ceria.