Sunday, May 30, 2010

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah






24-27 Mei 2010, bertempat di SKDI, Lumut diadakan Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah. Matlamat program ini adalah dapat memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya dadah. Melahirkan murid yang cemerlang tanpa dadah. Manakala objektifnya pula untuk memupuk jati diri murid untuk hidup sihat sejahtera tanpa dadah. Memastikan murid sekolah rendah tidak terlibat dengan rokok, inhalan, dadah dan HIV/AIDS.
Antara program-program yang diadakan ialah, bacaan perutusan KPPM, persembahan murid, ikrar anti dadah, ceramah, pertandingan mewarna, pameran, pertandingan melukis poster dan pertandingan membuat buku skrap.

Program Mesra Rakyat






Seramai 15 orang murid telah terpilih untuk menyertai peraduan mewarna Program Mesra Rakyat anjuran KEMAS Teluk Muroh. Tahniah kepada adik Putri Annur Qatrunada bt Azni kerana telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan mewarna tersebut.

Wednesday, May 26, 2010

Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Sekolah






Sambutan hari guru telah diadakan pada 17 Mei 2010 bertempat di Kantin SKDI. Sambutan yang diadakan sangat meriah. Memang seronok kerana semua melibatkan diri dan bergembira pada hari tersebut. Semoga ikatan yang terjalin akan terus kukuh dan bersama-sama bekerja membangunkan sekolah. Tahniah kepada seluruh warga SKDI yang menjayakan Sambutan Hari Guru dengan jayanya. Murid-murid pra begitu bersemangat membuat persembahan mereka.

Tuesday, May 25, 2010

Majlis Perpisahan








Pada 13 Mei 2010 diadakan majlis perpisah sempena pertukaran Pembantu Pengurusan Murid (PPM)Pn. Maziah ke SK Padang Ampang, Kuala Kangsar.Semoga Pn. Maziah dapat berkhidmat dengan cemerlang di sekolah baru. Terima kasih dari kami warga Pra SKDI kerana telah berkhidmat dengan baik di SKDI.Jasamu dikenang...

Friday, May 21, 2010

Sekitar sambutan hari lahir






Pada 5 Mei 2010 Pra SKDI telah mengadakan sambutan hari lahir. Tidak sangka sambutannya meriah dan mendapat bantuan dari ibu bapa murid yang sanggup sponser kek hari lahir. Dah tu keknya cantik-cantik serta sedap sekali. Murid-murid pra begitu gembira dan tidak sabar lagi menikmati kek. Terima kasih kepada semua yang menjayakan sambutan hari lahir ini.